hari ini aku terpanggil untuk menulis tentang satu kisah realiti kehidupan manusia di malaysia sekarang. apatah lagi setelah insiden membakar kereta jpj di perak.Astaghfirullah..makin rendah ahlak masyarakat, makin cetak ihsannya, makin kurang pemikirannya. memang aku tahu 80-90% yang terlibat di dalam insiden itu mungkin bukan seagama dengan aku yang hidup berpasakkan rukum iman dan islam.
NAMUN, sebagai rakyat malaysia kita masih bernaung di bawah rukunegara yang menekankan kepercayaan kepada TUHAN, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan.
di mana silapnya sehingga keruntuhan ini berlaku. adalah silapnya di penggubalan dasar? atau di institusi pendidikan? atau di institusi kekuargaan? atau institusi masyarakat hari ini itu sendiri yang lebih bersifat moden dan kontemperori?
"usah menuding jari. mari duduk semeja dan berbincang. daripada sibuk berkempen, sibuk berpilihanraya, sibuk dengan isu doa yang tak berkesudahan, sibuk dengan hubungan diplomatik, isu royalti, peruntukan dan sebagainya, baik kita duduk semeja dan berbincang. ini bukan soal yang enteng. INI SOAL INSTITUSI MASYARAKAT KITA YANG BAKAL MENJADI SATU PERADABAN UNTUK TONTONAN MASYARAKAT MASA HADAPAN. INI SOAL BAGAIMANA BENTUK CUCU CICIT KITA NANTI. BUKAN ORANG LAIN."
masalah yang timbul, apabila isu-isu keruntuhan moral dan akhlak ini yag dipersoalkan, ramai yang masih sibuk mencari salah siapa. bukan siapa!tapi dimana silapnya! kita harus cepat bertindak sebelum gejala-gejala sosial ini sudah tidak dianggap devian lagi oleh masyarakat kita. malah, pada pengamatan saya yang masih mentah dnegan cabaran dunia ini, SEMUA PIMPINAN POLITIK dan INSTITUSI BERAJA harus berbincang tentang masalah ini. Ular menyusur akar tidakkan hilang bisanya.
yang peliknya rakyat negara yang dikatakan sudah maju masih sibuk dengan urusan politik yang berpecah entah ke mana, dan isu tuding menuding sehinggakan bencana alam yang menimpa neara turut dijadikan isu! kesal sekesal-kesalnya! tidakkah kita belajar bahawa satu ujian itu ditimpakan bukan untuk individu itu sahaja tetpai untuk semua masyarakatnya. bukankah bencan ini diturunkan untuk kita belajar erti kesabaran, tolong-menolong dan bantu-membantu. mengapa perlu disalahkan siapa. bagaimana pula dengan banjir buruk yang menimpa negeri di pantai timur?mengapa didiamkan pula. bagaimana pula dengan nasib palestin?kerajaan mana pula yang silap di sana?pelik..adakah jika berlaku kematian kita menyalahkan malaikat yang mencabut nyawa atau doktor yang gagal menajlankan tugas atau apa?inilah sikap manusia yang sukar diubah. mudah untuk mencari salah siapa kerana takut kesalahan diri terbongkar. ini juga dituju untuk diri saya snediri yang selalu bersikap begitu.
tulisan saya memang berbaur emosional kerana saya risau. nasib anak bangsa kita di kemudian hari. di dalam menifesto mana-mana pihak yang bertanding, saya tak nampak apa-apa perkara yang dijanjikan untuk membetulkan balik akhlak, moral dan sikap masyarakat kita hari ini. yang sibuk diceritakan tentang minyak, royalti, kenaikan barang, kestabilan negara, frasarana, wang bantuan dan sebagainya. adakah nilai diri itu sudah tidak penting?adakah wang boleh membeli akhlak yang baik?fikirkan bersama....
"adakah kemajuan fizikal itu lebih dipandang berbanding dengan akhlak manusia sejagat? apa guna bangunan berpuluh tingkat kalau di dalamnya dipenuhi kemaksiatan?apa guna ekonomi sentiasa di atas kalau akhlak turun ke bawah?apakah perkara yang dinilai nanti?mungkin ramai yang sudah terlupa..mungkin harus diingatkan kembali."
ada pula yang berkata hudu mampu untuk menyelesaikan masalah. namun saya kurang setuju. bukan kurang setuju dengan hukum hudud itu kerana saya sangat menyokong hudud dijalankan bagi masyarakat islam yang tidak seharusnya menolak sebahagian dan menerima sebahagiannya. malah, saya antara individu yang kurang senang dengan sikap menantu mantan perdana menteri yang bercakap seolah-olah mewakili semua orang dengan menolak hukum ALLAH itu dengan lancangnya. namun, pelaksanaan hudud sahaja belum cukup untuk mengelak si pelaku. adakah anda fikir seorang manusia yang sedang berbuat jahat itu terfikirkan hukuman etika melakukan jenayah? malah jika tiada hudud sekalipun jika seseorang itu terfikirkan balasan ALLAH, maka jenayah tidak akan berlaku. Hudud memang harus dijalankan tetapi perkara lain harus dijalankan terlebih dahulu untuk memutihkan kembali yang hitam itu. jika ada baju yang kotor, seharusnya kita cuba memasuhnya terlebih dahulu sebelum terfikir untuk menggunting bahagian yang kotor itu dan digantikan dengan yang bersih. malah jika diimbas, pada zaman mula-mula kerajaan sekarang ini memerintah, gejala sosial dan jenayah masih lagi ditahap yang terkawal. oleh itu, mungkin bukan individu yang memerintah negara dan jenis hukuman yang menjadi soal pokoknya, tetapi soal yang mana yang menajdi kepimpiann tertinggi diri. nafsu atau imannya?kehendak atau logiknya?fikirkan...
"saya tidak tahu bagaimana pemikiran orang lain, namun inilah pemikiran saya. seorang yang turut bernaung di bawah kerajaan malaysia yang mahukan kemuliaan islam kembali bersinar di bumi ini. tetapi biarlah dengan cara paling berhemah. memang ada kurangnya kerajaan hari ini. tetapi kesilapan tersebut harus diperbetulkan kalau ingin memimpin negara dengan lebih lama. bukan duit yang yang orang kejar wahai pemimpin. jangan hanya mimpikan kuasa sehingga tak sedar adanya tanggungjawab berjuta individu di bahu anda. ketamadunan masyarakat bukan hanya diukur dnegan kemajuan fizikalnya."p/s : maaf jika entry terlalu serius.
No comments:
Post a Comment